Sunday, May 24, 2009

senang je nak tau cantik ke tak

dalam majalah intrend bulan lepas(wow advancenye saya..haha), ada satu artikel tentang ayat 'reject' para lelaki yang kelakar,mencuit hati dan geram pun ada..jadi best kalau dapat share kat sni.ok malas bebel banyak..check it out below



1. aku sayang kau tetapi kau sudah aku anggap seperti adik sendiri.tak lebih daripada itu.(kau tak cantik!)

2.ada jurang perbezaan antara kita.siapalah saya hendak dibandingkan dengan awak yang daripada keluarga senang.(kau tak cantik!)

3.saya tak berapa pasti lagi.apa kata kita berkawan dan berkenal-kenal dulu?(kau tak cantik!)

4.ada banyak perkara belum settle lagi.tunggulah bila saya sudah stabil.(kau tak cantik!)

5.saya dah ada kekasih.awak terlambat sikit aja.kalaulah kita bertemu lebih awal...(kau tak cantik!)

6.saya tak date wanita satu tempat kerja.susah.(kau tak cantik!)

7.percayalah cakap saya.it's not you,it's me.(kau tak cantik!)

8.saya mahu tumpukan perhatian pada kerjaya.kalau saya sibuk sangat,takut nanti saya abaikan awak pula.tak adil.(kau tak cantik!)

9.saya nak hidup membujang aja.kalau saya dah bersedia, mungkin kita akan bersama.(kau tak cantik!)

10.kita berkawan ajalah.ah,perasaan ni sekejap aja,nanti hilanglah.(kau memang tak cantik!)


kesian kan perempuan yang dapat ayat reject camni. especially bile tau kene reject sebab muke jek..cess.. harapnye saya pon takkan dapat..
hehe


Jun Pyo chibi Yi Jeong chibi


current mood: silly.gif silly~~~~~~~~~~~~~~~~~

current music : cry me a river- JT

4 comments:

tiha. said...

shiot aje,
nyampes nagn lelaki yg judge wanita smata2 bdsarkan paras rupa shja!!!

Eldy Voon said...

no ke 10 tu gua setuju sgt !! tak suke cakap la tak suke, buat ape mau rasa diri gentlement sgt ?! Hwa-hwa-hwa .. XD

faradeeba said...

tiha : yes!! totally agree.. but u cant deny that we, girls look for almost the same qualities too..except that we are more attracted to wealth..kan?hehe

edly : tak tau nak cakap pe cos ure the man..haha..

tapi maybe tak salah to be a bit gentlemen, kan..

hehhe

faradeeba said...

ohya ...thanks for visiting my blog eldy =) do come often

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...